Autisme adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola permainan dan perilaku emosi.
Ibu bapa dan penjaga sering mengalami kekeliruan disebabkan oleh pola perkembangan kanak-kanak autisme ini berbeza berbanding kanak-kanak normal. Antara kelewatan perkembangan kanak-kanak autisme yang serius adalah perkembangan sosial dan komunikasi.
Kebanyakkan kanak-kanak autisme mengalami terencat akal dalam pelbagai tahap. Hanya sebahagian kanak-kanak autisme mengalami masalah dalam koordinasi mata-tangan (kemahiran motor halus).
Selain itu, terdapat juga kana-kanak autisme tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi atau meniru apa sahaja yang ditutur oleh orang sekeliling tanpa mengetahui maksud perkataan tersebut. Kanak-kanak autisme juga tidak suka disentuh, berhubung dengan orang lain atau berpaut pada sesiapa sahaja yang disukai.
Kanak-kanak autisme kurang berinteraksi dengan rakan-rakan, memaparkan tingkah laku yang negatif seperti menjerit tanpa sebab atau merosakkan harta benda orang lain. Kanak-kanak autisme kurang terpengaruh dengan puji-pujian atau peneguhan sosial yang lain.
Punca sebenar penyakit autisme belum diketahui tetapi beberapa teori terakhir mengatakan faktor genetik memainkan peranan yang penting. Pengaruh virus oleh ibu yang mengandung juga mempengaruhi. Antaranya adalah seperti rubella, toksoplasmosis, herpes. Permakanan yang tidak berzat dan keracunan makanan boleh menyebabkan fungsi otak bayi dalam kandungan terganggu terutamanya dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.
Punca berlakunya autistik adalah disebabkan oleh pencernaan. Di mana lebih 60% kanak-kanak autistik mengalami sistem pencernaan yangkurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini menyebabkan protein daripada makanan tidak berubah menjadi asid amino ataupun pepton. Dan akhirnya dibuang melalui buangan air kecil.
Pengambilan asid folik oleh ibu mengandung amat perlu kerana ia penting dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung. Selain itu, pengambilan makanan yang berkhasiat juga perlu diamalkan oleh ibu mengandung sebelum, semasa mengandung dan juga ketika berpantang.
Rujukan : Mingguan Malaysia, Ahad, 26 Ogos 2012
oleh : Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan